TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Ibarat
kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk
mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman
Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai
pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang
berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang
Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari
Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum
dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan
kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman
melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat
kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia
perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.
TUN ABDUL RAZAK
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

TUN HUSSEIN ONN
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

TUN MAHATHIR
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah
antara tokoh politik yang berpengaruh dan gemar membuat keputusan yang
di luar kebiasaan. Beliau pernah memutuskan tambatan Ringgit dengan
matawang Dollar Amerika dalam keadaan ramai yang sangsi dengan
keberkesanan dasar itu.( PERDANA MENTERI KE-4)
Ramai
anak muda hari ini kurang mengenali beliau. Ada yang gemar mencerca
sedangkan mereka tidak pun tahu apakah salah Tun. Ada juga yang suka
melambung-lambung dan memuji Tun tanpa mengenalinya dengan mendalam.
Sewajarnya kita harus mengetahui biodata tokoh ini sebagai teladan dan
peringatan.
Tun Mahathir Mohamad dilahirkan
pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan
Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di
rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan
Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Sejak kecil Mahathir
ditimang dengan nama ‘Che Det’.
Beliau
merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Tun Dr.
Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak
pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah
di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej
Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang
cemerlang pada tahun 1945.
Dalam
tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir
telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di
Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa
mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
TUN ABDULLAH
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO
ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas
melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau
dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]
DATUK SERI NAJIB
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak adalah Perdana Menteri Malaysia sejak 3 April 2009 sehingga kini.
Beliau juga sebagai Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan,
Pahang.

No comments:
Post a Comment